Salam semua.. Maaf lame tak update blog ni.. Maklum lah dah tak boleh on sangat laptop gara-gara bil elektrik dah meningkat.. Tapi biar je lah.. (ape daa aku nih.. tu pun aku nak beritahu..)Oke lah aku teruskan je ape yang aku kene terangkan gambar kat atas tu.. Sebenarnya di atas ni la koje-koje yang aku selalu buat sementara tak dapat koje lagi ler ni.. Takpe la aku bercadang pun nak tunggu habis konvokesyen dapat diploma dulu baru nak cari koje.. Dah macam-macam apply koje gomen tapi tak dapat jugak..
Betul lah orang kata sekarang ni memang payah nak cari koje terutama sektor kerajaan.. Ntah ape kelayakan yang dia cari ntah.. Bapa aku suruh cari ambil koje imigresen.. Adehh.. Aku tak berminat lah sebab takde kene-mengena dengan 'komputer'. Aku kalau boleh nak koje ada kene-mengena dengan penggunaan komputer.. Tapi takpe lah.. Sekarang ni nak duk rumah dulu puas-puas dah dapat diploma nanti baru cari koje.. Diploma tu yang penting untuk dapat koje.. Oke lah setakat ni je aku membebel ek..
Sekian jumpa lagi di lain post.. ekeke.. -TAMAT-
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1432H
3:15 AM |
Labels:
Selamat Menyambut Maulidur Rasul
Hari ini merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1432 Masihi kepada semua umat Islam. Dengan bertemakan “1 MALAYSIA 1 UMMAH” yang bertujuan umat Islam diseru untuk bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara di samping menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan sunah.
Budaya Menyambut Hari Kekasih
7:37 PM |
Labels:
Budaya Menyambut Hari Kekasih
Anda orang-orang Islam pastu sudah tahu hari ini adalah merupakan Hari Kekasih bukan? Adakah anda menyambutnya? Di zaman ini masih ada lagi segelintir umat kita yang tidak mengendahkan larangan tersebut dan tidak sedar bahawa menyambutnya adalah dilarang oleh syariat Islam. Untuk mengetahui apakah sebab dan mengapa kita sebagai umat Islam tidak perlu menyambut Hari Kekasih sila ke link ini: http://firdausislamic.blogspot.com
p/s: pada kwn2 ku yg beragama Islam jgn lah sambut sebab kita tahu berfikir perkara mana yang baik dan mana yg buruk. Jadi kita renungkan bersama-sama dengan fakta diatas.. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)