SHEIKH MUSZAPHAR menyerahkan cek mas kahwin kepada isterinya, Harlina di Masjid Tuanku Sultan Mizan, Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sah menjadi milik Dr. Harlina Mohd. Yunos setelah selamat diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini semalam.
Dengan hanya sekali lafaz, Sheikh Muszaphar telah dinikahkan oleh bapa Harlina, Lt. Kol. (B) Mohd. Yunos Mohd. Ali dengan mas kahwin RM80 sambil disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.
Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian pengantin sedondon berwarna putih dan rombongan pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak pengantin perempuan.
Turut hadir pada majlis itu ialah ibu bapa Sheikh Muszaphar, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor dan Datin Zuraida Sheikh Ahmad serta ibu Harlina, Habibah Endan, keluarga dan kenalan masing-masing.
Perkahwinan itu turut dihadiri 100 angkasawan luar negara yang dijemput khas pada majlis berkenaan dan persandingan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.
Sumber http://kosmo.com.my
Sheikh Muszaphar sah milik Harlina(Wedding of the year)
3:01 AM |
Labels:
Sheikh Muszaphar sah milik Harlina
Read User's Comments(2)
Kemalangan ngeri 10.10.10
2:49 AM |
Labels:
Kemalangan ngeri 10.10.2010
PASUKAN penyelamat mengusung seorang mangsa kemalangan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.
MELAKA – Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nanti kebanyakan orang ‘meragut’ 12 nyawa manakala lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.
Dalam tragedi ngeri pada pukul 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita.
Setakat tengah malam tadi identiti semua mangsa belum dikenal pasti.
Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah bas ekspres Delima, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.
Seorang jurucakap syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika dihubungi berkata, kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.
“Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.
“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki.

aduihhh....
12:04 AM |
Akhirnya blog ni aku berjaya buat semula setelah 4 hari 3 malam leka & asyik membuatnya.. Sampai tido pun bangun pukul 1/2 Tgh hari.. huahua.. walaupun sikit2 je aku baru buat tapi harap ada yg suka blog ni.. Yg x suka beri la komen sikit mcm mane saya nak up blog saya ni k.. Lagi pun xtau menahu sgt buat blog ni.. Tunjuk ajarku SIFU! =)
╚╝Raya 2010╚╝
Ni la gambar aku dan sekeluarga masa raya hari tu.. Sori la tak banyak pun aku snap gambar.. Maklum lah.. Sedara-mara pun tak ramai datang.
aku dengan anak buah aku(syafik)
anak abg aku (iman & alisha)
bersama syafik lagi.. hehe..
akak aku.. sempat lg tu men facebook..
ni abah aku yg tersayang...
bersama anak-anak akak yang sulong(kak long)...
Planet Mirip Bumi, Gliese 581g Ditemui
9:56 AM |
Labels:
Planet 'Bumi Baru'
Lakaran artis menunjukkan planet Gliese 581g.
LOS ANGELES - Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi.
Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.
Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari.
Bintang itu diberi nama Gliese 581.
Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh.
Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.
Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.
Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.
Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut.
Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.
Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.
Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.
Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii..
Osama = Obama????
9:42 PM |
Labels:
Osama = Obama???
Benarkah Osama Bin Laden adalah Obama? Mari lihat video ni untuk mengetahuinya...
Subscribe to:
Posts (Atom)