PASUKAN penyelamat mengusung seorang mangsa kemalangan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam. 
MELAKA –  Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nanti kebanyakan orang  ‘meragut’ 12 nyawa manakala lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri  membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya  Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam. 
Dalam tragedi ngeri pada pukul 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita.
Setakat tengah malam tadi identiti semua mangsa belum dikenal pasti.
Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah bas ekspres   Delima, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah  kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.
Seorang jurucakap syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS)  ketika dihubungi berkata, kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas  ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara.  Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.
“Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut  berpusing-pusing  memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang  dalam perjalanan ke selatan.
“Bas Delima itu kemudian merempuh  sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan  tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.    
Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas  Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki.
Sumber http://kosmo.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment